|
Bengkel Peningkatan Kemahiran Berkhutbah |
|
|
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Monday, 04 January 2010 |
BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN BERKHUTBAH DAN TAHSIN AL-QURAN PEGAWAI MASJID QARIAH NEGERI PAHANG MENUTUP TIRAI 2009 |
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah ( PAID ) menganjurkan Bengkel Peningkatan Kemahiran Berkhutbah Dan Tahsin Al-Quran kepada Pegawai Masjid Kariah di tujuh buah daerah iaitu Bentong, Raub, Lipis, Muadzam Shah, Jerantut, Chenor dan Temerloh. Seramai 100 orang peserta setiap daerah dipilih secara khusus bagi menjalani bengkel tersebut bagi meningkatkan kemahiran berkhutbah dari segi kaedah penyampaian yang lebih berkesan dan juga tahsin Al-Quran bagi meningkatkan kemahiran pembacaan dari segi sebutan,hukum tajwid serta suara. Peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan dibimbing oleh pemudahcara-pemudahcara yang terlatih dan berwibawa , antara yang terlibat ialah YH.Dato’ Haji Ahmad Faizol Bin Razali Johan Tilawah Perinkat Kebangsaan dan Antarabangsa. MUIP mengharapkan dengan adanya kursus dan pendedahan secara khusus dan latihan seumpama ini akan dapat meningkatkan kemahiran kepada Pegawai Masjid Kariah serta memastikan Institusi Masjid di Negeri Pahang ini terus dimartabatkan sejajar dengan konsep “ Masjid Gemilang Ummah Cemerlang”.
Disediakan Oleh: MUHAMMAD HAFIDZ BIN ABDUL HALIM Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.
|
|
Pemutakhiran Terakhir ( Monday, 04 January 2010 )
|