|
Taklimat Pengurusan Masjid dan Zakat 2009 di Kampung Bantal Jerantut |
|
|
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Wednesday, 23 December 2009 |
TAKLIMAT PENGURUSAN MASJID DAN ZAKAT 2009 DI KAMPUNG BANTAL JERANTUT |
JERANTUT 13 DISEMBER 2009. Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut (PAID) telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Masjid dan Zakat pada 13 dan 14 Disember 2009 kepada Jawatankuasa Baru Masjid Kariah Mukim Ulu Tembeling yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Imam Masjid Kampung Bantal, Masjid Kampung Pagi, Masjid Kampung Kuala Sat, Masjid Kampung Gusai dan Masjid Kampung Mat Daling. Taklimat tersebut memberikan pendedahan kepada peserta mengenai fungsi, tugas dan tanggungjawab sebagai jawatankuasa, kaedah mengadakan program dan aktiviti pengimarahan serta prosedur permohonan bantuan zakat di Negeri Pahang. Selain daripada itu, JK Masjid yang dilantik juga diharapkan dapat berperanan di dalam menjalankan usaha-usaha dakwah terutamanya kepada golongan saudara baru Islam di KOA Sungai Kucing yang seratus peratus telah memeluk Islam dan juga kepada golongan yang masih belum memeluk Islam. Sepanjang perjalanan hampir empat jam menaiki bot daripada Jeti Kuala Tahan ke Kampung Bantal kelihatan banyak rumah - rumah orang asli di tebing - tebing sungai yang perlu diberikan perhatian oleh JK Masjid secara bersama di dalam usaha-usaha da’wah. Program yang telah diadakan selama dua hari itu juga dipenuhi dengan program keagamaan di Masjid Kampung Bantal iaitu Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh untuk peserta dan ahli kariah bagi bersama-sama mengimarahkan masjid. Para peserta dan penduduk yang terlibat amat menghargai usaha yang telah dimainkan oleh MUIP dan juga PAID.Jerantut kerana turun padang dan cakna dengan keperluan dan permasalahan mereka.Disediakan Oleh: MUHAMMAD HAFIDZ BIN ABDUL HALIM Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.
|
|
Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 03 February 2010 )
|