|
Masjid Negeri yang Pertama di negeri Pahang |
|
|
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Thursday, 03 December 2009 |
Masjid Negeri Pahang yang pertama ini telah dibina pada tahun 1888 dan lokasinya terletak di Bandar Kuala Lipis,Pahang
dan dikenali sebagai Masjid Jame' Kuala Lipis ketika itu.Ianya telah dibina secara gotong-royong oleh sekumpulan mubaligh yang diketuai Syeikh Habib Hassan dengan kerjasama penduduk tempatan.
Masjid ini merupakan Masjid Negeri yang pertama di Negeri Pahang iaitu ketika daerah Lipis menjadi ibu Negeri Pahang.Masjid ini juga mempunyai reka bentuk yang menarik dan mempunyai sebuah menara dua tingkat.Ketika banjir besar melanda daerah Lipis pada tahun 1926 yang mengakibatkan hampir keseluruhan Bandar Kuala Lipis ditenggelami air tetapi masjid ini sedikit pun tidak dicecah air walaupun terletak berhampiran Sungai Jelai.Walaupun masjid ini telah lama dibina,namun bangunannya masih kukuh dan masih lagi boleh digunakan untuk solat fardhu serta aktiviti-aktiviti yang lain kecuali Solat Fardhu Jumaat.Masjid ini juga menjadi diantara tarikan pengunjung ke daerah Lipis kerana ianya telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah di daerah Lipis. Disediakan Oleh, Muhammad Hafidz Bin Abdul Halim Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam MelayuPahang
|
|
Pemutakhiran Terakhir ( Thursday, 03 December 2009 )
|