|
Ibadah Korban Jabatan dan Agensi Agama Islam |
|
|
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Wednesday, 02 December 2009 |
IBADAH KORBAN JABATAN DAN AGENSI AGAMA ISLAM NEGERI PAHANG 1430H |
PEKAN 30 NOVEMBER 2009 BERSAMAAN 13 ZULHIJJAH 1430H.Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah dipilih menjadi tuan rumah bagi pelaksanaan Majlis Ibadah Korban Jabatan dan Agensi Agama Islam Negeri Pahang.Jabatan dan Agensi Agama Islam yang terlibat ialah Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP),Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),Jabatan Mufti Negeri Pahang (MUFTI) dan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (JKSP). Sebanyak 13 ekor lembu telah dikorbankan iaitu MUIP 5 ekor,JAIP 5 ekor,MUFTI 2 ekor dan JKSP 1 ekor.Urusetia yang terlibat adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan setiap jabatan dan agensi yang terlibat.Seawal jam 7.30 pagi majlis telah dimulakan dengan acara sembelihan dan seterusnya diikuti dengan kerja-kerja melapah serta mengagihkan-agihkan daging korban untuk diagihkan.Seramai 70 orang yang terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin telah dijemput bagi menerima agihan daging korban tersebut.Selain daripada itu,seramai 500 orang tetamu telah hadir bagi menikmati jamuan tengahari yang turut disediakan pada majlis yang sama oleh jabatan dan agensi yang terlibat secara gotong-royong.Program seumpama ini bukan sahaja dapat memenuhi tuntutan untuk melaksanakan ibadah korban,malah juga dapat mengeratkan hubungan diantara pihak-pihak yang terlibat.Disediakan Oleh: MUHAMMAD HAFIDZ BIN ABDUL HALIM Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.
|
|
Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 02 December 2009 )
|