Seramai 150 orang jemputan yang terdiri daripada Penghulu, Pengerusi JKKK Daerah Jerantut , pengetua dan guru besar sekolah yang berdekatan telah menghadiri majlis yang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Senarai agihan keseluruhan pada hari tersebut adalah seperti, Surau Kampung Paya Petai Jerantut RM60,000, Surau Sek. Men Orang Kaya Haji, Lipis RM58,000, Persatuan Orang Cacat Penglihatan (Pertis) RM15,000Van Jenazah Kampung Lipat Kajang, Temerloh RM70,000, Sek Men Agama Chat, Budu, Lipis RM20,000.
Bantuan Am Zakat (Sara Hidup)
- Puan Saripah Azizan binti Tengku Harun RM500
- Puan Haslinda biniti Md yazid RM400
- En Sayed Mohd Aziz bin Sayed Abd Rahman RM500
- En Rani bin Bedeli RM400
- Puan Mazlinawaty binti Ishak RM600
- En Jamaluddin bin Mat Yunan RM600
- En Azman bin Masri RM500
- En Rosli bin Afondi RM400 (pendidikan)
Bantuan Zakat Bulanan (Fakir/Miskin)
- Puan Husnida binti Sahar RM300 sebulan (Kg Sungai Badak, Jerantut)
- Puan Rosni binti Ibrahim RM500 sebulan (Kuaters JKR, Batu 1, Jerantut)
- Puan Siti fatimah binti Mohamad RM300 sebulan (Kg Sungai Badak, Jerantut
- En Mustapha bin Abdullah Satar RM200 sebulan (Kuala Tembeling, Jerantut)
- En Mohd Jelas bin Pilus RM100 (Kg Lata Kasah, Jerantut)
Pada Majlis yang sama Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, YDH Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan telah menerima bayaran zakat daripada dua badan korporat iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berjumlah RM1,269,561.00 yang diwakili oleh Ybhg Dato Haji Zainuddin bin Hj Abdul Rahman selaku Ahli Lembaga Pengarah dan Bank Simpanan Nasional berjumlah RM100,000 yang diwakili oleh En Badli bin Hamsan, Pengurus Negeri.
Disediakan Oleh,
Pegawai Hal Ehwal Islam
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam MelayuPahang.