|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Sunday, 16 March 2008 |
|
SYARAT WAJIB ZAKAT Pertama - Islam Zakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja. Orang bukan islam tidak diwajibkan zakat.
Kedua - Merdeka Zakat diwajibkan keatas orang Islam yang merdeka. Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat. Ketiga - Sempurna Milik Harta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka dan bebas untuk menggunakannya. Keempat - Cukup Nisab Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat. Kelima - Sempurna Haul Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpanan selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)
|
|
Pemutakhiran Terakhir ( Sunday, 16 March 2008 )
|