|
Bantuan Dermasiswa Pelajaran |
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Wednesday, 31 December 2008 |
 BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI/PONDOK BAGI TAHUN 2012
Sukacitanya dimaklumkan, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang menyediakan bantuan dermasiswa pelajaran pusat pengajian tinggi atau pondok kepada anak-anak negeri Pahang yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi atau Institusi Pondok yang diiktiraf oleh kerajaan. Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti berikut:
a) Pemohon hendaklah warganegara MALAYSIA dan beragama ISLAM. b) Pemohon yang dilahirkan dalam negeri Pahang dan menetap di Pahang ; atau pemohon yang telah bermastautin lebih7 tahun dan berhasrat untuk menetap di Negeri Pahang; (Pemohon Kategori ini hendaklah mengemukakan surat pengesahan bermastautin dari Ketua Kampung dan Penghulu setempat) c) Pemohon yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah sepenuh masa atau Diploma sepenuh masa atau Pondok sahaja, d) Lulus peperiksaan Semester/ Tahun yang terkini.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN PENERIMAAN DOKUMEN SEBELUM ATAU PADA 31HB MEI 2012 :: Klik di sini jika ingin memohon :: |
|
Pemutakhiran Terakhir ( Friday, 06 January 2012 )
|
|
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Friday, 04 May 2012 |
|
Pada 12 Mac 2012 MUIP telah menaja 5 orang Saudara Baru dari kalangan Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Tujuan ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka melihat keindahan Islam diperingkat antarabangsa. Kesemua Pembantu Penggerak yang menerima tajaan tersebut telah berlepas pada 23 Mac 2012 yang diiringi oleh 2 orang pegawai MUIP. Sumbangan kepada jemaah umrah ini telah disampaikan oleh YDH. Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. |
|
Pemutakhiran Terakhir ( Friday, 04 May 2012 )
|
|
|