|
Bantuan Dermasiswa Pelajaran |
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Wednesday, 31 December 2008 |
 BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI/PONDOK
Sukacitanya dimaklumkan, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang menyediakan bantuan dermasiswa pelajaran pusat pengajian tinggi atau pondok kepada anak-anak negeri Pahang yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi atau Institusi Pondok yang diiktiraf oleh kerajaan. Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti berikut:
a) Pemohon hendaklah warganegara MALAYSIA dan beragama ISLAM. b) Pemohon yang dilahirkan/bermastautin dalam negeri PAHANG DARUL MAKMUR, c) Pemohon sedang mengikuti pengajian peringkat Pondok atau Diploma atau Sarjana Muda, d) Lulus peperiksaan tahun/semester pertama.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 31HB MAC 2010 :: Klik di sini jika ingin memohon :: |
|
Pemutakhiran Terakhir ( Monday, 04 January 2010 )
|
|
|
Bengkel Pelan Strategik Agihan Dan Kutipan Zakat 2010 |
|
Ditulis Oleh Web Master
|
|
Wednesday, 27 January 2010 |
BENGKEL PELAN STRATEGIK AGIHAN DAN KUTIPAN ZAKAT 2010 |
KUANTAN. Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik Kutipan Dan Agihan Zakat 2010 bermula pada 17 hingga 19 Januari 2010 bertempat di Hotel Shahzan Inn Kuantan. Peserta yang terlibat di dalam menjayakan bengkel tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’, Ketua-Ketua Jabatan dan juga Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO’S). Objektif utama diadakan bengkel tersebut adalah untuk merangka dan merumuskan pelan tindakan dalam melaksanakan tugas mengutip dan mengagihkan wang zakat tahun 2010 serta mendapatkan pandangan serta cadangan dari pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan MUIP. Ucaptama bengkel telah disampaikan oleh YDH.Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan SSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP dan seterusnya diulas di dalam empat bahagian utama iaitu ulasan Asnaf Fakir dan Miskin oleh YH.Dato’ Mohd Mokhtar Bin Shafie ( Ahli Mesyuarat MUIP ), ulasan Asnaf Muallaf oleh Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Haudin ( AJK Perundingan Hukum Syara’),ulasan Asnaf Al-Gharimin dan Ar-Riqab oleh YH.Dato’ Haji Abdul Mutalib Bin Haji Mohd Ali Al-Fakwie ( AJK Perundingan Hukum Syara’) dan ulasan Asnaf Fi Sabilillah dan Ibnu Sabil oleh Sahibus Samahah YH.Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman ( Mufti Negeri Pahang ), dalam pada masa yang sama juga para peserta turut memberilan ulasan dan pandangan bagi penambahbaikan urusan agihan dan kutipan zakat. Hasil daripada ulasan dan pandangan yang telah diberikan oleh peserta, diadakan pula bengkel bagi memperhalusi ulasan dan cadangan yang telah diberikan. MUIP akan menubuhkan satu Jawatankuasa bagi membincangkan segala cadangan yang telah diberikan dan akan dilanjutkan kepada Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ bagi memastikan segala yang bakal dilaksanakan menepati kehendak Hukum Syara’. YDH.Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan mengucapakan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan Bengkel Pelan Strategik Agihan dan Kutipan Zakat 2010. Bengkel yang telah dilaksanakan ini sekaligus menunjukkan kesungguhan MUIP di dalam usaha melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa di dalam urusan agihan dan kutipan zakat agar lebih berkesan di Negeri Pahang. Disediakan Oleh: MUHAMMAD HAFIDZ BIN ABDUL HALIM Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. |
|
Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 27 January 2010 )
|
|
|